Lebih 20 peratus rakyat Sarawak hidap diabetes
Posted on July 7, 2015, Tuesday
Sudah dialami orang berusia 20 tahun berbanding dahulu hanya dihidapi berusia 40 tahun ke atas
Oleh Nick Fletcher //
KOTA SAMARAHAN: Penyakit kencing manis atau diabetes telah berkembang dengan ketara di Malaysia dan begitu juga di Sarawak apabila lebih 20 peratus daripada rakyat negeri ini merupakan penghidap penyakit berkenaan.
Menurut Naib Pengerusi Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak (DMCS) Tommy Sim, diabetes juga didapati sudah dialami oleh orang yang berusia dalam lingkungan 20 dan 30 tahun berbanding dahulu di mana ia hanya dihidapi golongan berusia 40 tahun ke atas.
“Di Sarawak daripada sepuluh orang yang ditemui, dua orang adalah mengalami diabetes.
“Kebanyakan pesakit adalah ‘type 2’ disebabkan amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat,” katanya ketika ditemu bual pada Program Pemeriksaan Kesihatan anjuran DMCS di Summer Mall di sini, semalam.
Justeru, Tommy berkata adalah amat penting untuk setiap orang menyedari tentang risiko diabetes dan memainkan peranan dengan membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Katanya kesedaran amat penting kerana terdapat orang yang sudah bertahun-tahun menghidap diabetes tetapi tidak tahu mengenainya disebabkan penyakit ini tidak mempunyai simptom.
“Jika melihat dalam wad ortopedik di hospital atau di klinik mata dan pusat dialisis, kebanyakan pesakit adalah mereka yang menghidap diabetes.
“Dengan itu, boleh dikatakan diabetes merupakan induk kepada penyakit-penyakit ini,” katanya.
Dalam program DMCS yang bermula dari jam 10 pagi di Summer Mall semalam, turut mengejutkan apabila daripada seramai 24 orang yang menjalani pemeriksaan kesihatan setakat jam 12 tengah hari, seramai 10 orang adalah yang disyaki mengalami diabetes.
Sehubungan itu, Tommy berkata mereka yang disyaki akan dinasihati supaya melakukan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital.
Ekoran itu, beliau menjelaskan bahawa penganjuran program pemeriksaan kesihatan di tempat-tempat awam amat penting kerana ia dapat membantu mengesan pesakit diabetes selain meningkatkan kesedaran mengenai risiko penyakit tersebut kepada masyarakat.
“Program ini amat diperlukan kerana ia memberi pemeriksaan kesihatan secara percuma, mengesan diabetes, tekanan darah tinggi, BMI dan mendedahkan orang ramai mengenai risiko penyakit diabetes,” katanya sambil menambah, program berkenaan adalah dijalankan dua kali sebulan di tempat-tempat terpilih di sekitar Kuching.
Tommy menambah, penganjuran program itu turut disokong oleh Kementerian Kesihatan serta badan-badan amal dan keagamaan di sekitar bandar raya ini.
Namun demikian, beliau berkata DMCS amat memerlukan sokongan dari segi dana untuk mengadakan program tersebut.
“Kos untuk kami menjalankan program di setiap lokasi ialah RM1,000 dan ia juga adalah terhad untuk hanya 100 orang sahaja menjalankan pemeriksaan kesihatan,” katanya sambil menambah, pihaknya selama ini cuma bergantung kepada dana daripada Kementerian Kesihatan dan Diabetes Malaysia untuk menjalankan program pemeriksaan kesihatan berkenaan.
Justeru, orang ramai atau pihak yang prihatin boleh menyalurkan bantuan kewangan kepada DMCS untuk meneruskan program yang bermanfaat itu dengan menghubungi talian 082-239483 atau e-mel diabetesmalaysiacns@yahoo.com.
Dalam pada itu, Tommy turut mengajak orang ramai mengunjungi Pusat Sumber DMCS di Jalan Maxwell, Kuching yang dibuka pada Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 2 petang bagi mendedahkan diri mengenai maklumat diabetes.
Pada masa sama, katanya DMCS turut mengadakan program senaman terbuka pada Jumaat (minggu pertama dan ketiga) sebagai antara usaha untuk mencegah diabetes dalam masyarakat.
Pusat Sumber DMCS juga menawarkan kursus pendidikan diabetes kepada orang ramai yang ingin menjadi sukarelawan mereka dalam menyebarkan kesedaran mengenai risiko diabetes.